ATM di pulau indah? Ada lokasi yang mengejutkan anda !!

Hello  dan Assalamualaikum

Apa khabar para pembaca , anda sihat?


Seperti biasa nasihat saya, just stay at home dan putuskan rangkaian covid-19



Bersempena dengan Bantuan Prihatin  Nasional ini, maka ramai yang mungkin berpusu-
pusu untukke automatic teller machine (ATM) .

Tapi persoalannya ada berapa banyak ATM di Pulau Indah ni ya?


Di sini saya akan tunjukkan lokasi-lokasi ATM di sekitar Pulau Indah dan ada tempat yang
dinyatakan mungkin anda sendiri tidak sangka ada di sana.


Apa lagi Jom saya  tunjukkan.......


Stesen minyak Petron cawangan Pulau Indah


Disini telah sedia maklum bawa ada mesin ATM  iaitu jenis MEPS serta memang tempat yang
popular untuk mengambil wang dan pada satu tahap ramai yang beratur di mesin  tersebut.
Mesin tersebut selalu berfungsi dan cemerlang dalam menjalankan tugasnya walaupun
mereka yang menggunakan mesin ATM tersebut tahu yang mereka akan dikenakan caj
RM1 untuk setiap kali transaksi.


Stesen minyak Petron cawangan  Westport




Mesin ATM di sini amat jarang digunakan Biasanya mereka yang berdekatan dengan westport
ataupemandu pemandu lori konvensional selalu menggunakan mesin tersebut mesin ATM ini
Mesin ATM di sini untuk Bank RHB  mereka yang ada kad bank tersebut yang selalu
menggunakan ATM ini tapi harus diingat mesin di sini kerap kali rosak di saat kita
memerlukannya. Tempat ni asyik selalu kena check, takut terciduk. hehehe



 Bangunan Business Centre Westport




Mesin ATM di sini lagi jarang diketahui oleh penduduk Pulau Indah dan hanya mereka yang
berkerja di westport sahaja tahu bahawa adanya mesin disini. Jenis mesin ATM di bangunan
ini adalah  mesin ATM untuk Bank RHB serta CIMB.

Oh ya sebelum terlupa, di sini ada dua mesin ATM dan satu mesin untuk cash deposit.


wow ada tiga kt situ bhaii…




Bangunan Wisma kastam Pulau Indah




Adakalanya penduduk Pulau Indah tidak sedar bahawa di wisma kastam Pulau Indah ada
terdapat mesin ATM .Disini juga menggunakan mesin ATM RHB tetapi harus diingat
mesin ATM ini juga kadangkala tidak berfungsi atau  seringkali rosak.

Entahlah mungkin pegawai kastam banyak sangat ambil duit kot hahaha 


Kesimpulan

Terdapat 5 mesin ATM dan satu mesin  cash deposit di sekitar Pulau Indah yang kadangkala
ada yang berfungsi  dengan baik dan ada yang tak berfungsi seperti yang diharapkan.
Jadi pada mereka yang telah tahu lokasi lokasi tersebut silalah share supaya  tidaklah mesin-
mesin tersebut(overload) @ rosak kerana kerap sangat digunakan sehingga habis duit di
mesin tersebut.

Pengguna ataupun penduduk Pulau Indah haruslah bertimbang rasa dan bertolak ansur
ketikamenggunakan mesin tersebut,

Janganlah kerana satu mesin ATM satu kampung berbalah untuk berebut menggunakannya.

So kalau ada lagi tempat atau lokasi lain yang selain saya tunjukkan boleh la share
pada komen di bawah. Bye..

Rujukan Gambar, : Google maps dan en. fadli rasyid

Comments

Post a Comment